SPH Logo mobile
Langgan|

CEO Bank of Singapore Bahren Shaari dilantik anggota penasihat Presiden

CEO Bank of Singapore Bahren Shaari dilantik anggota penasihat Presiden

Jan 9, 2020 | 7:49 PM

CEO Bank of Singapore Bahren Shaari dilantik anggota penasihat Presiden

68fab775-03f8-4afd-b546-f9a8e55460ce
-

KETUA Pegawai Eksekutif Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari dilantik sebagai anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA), disaksikan oleh Presiden Halimah Yacob.

Dalam satu pos di Facebook pada Khamis (9 Januari), Puan Halimah berkata Encik Bahren telah berkhidmat sebagai anggota bersilih ganti (alternate) CPA sejak April 2017.

Beliau menggantikan Encik Bobby Chin yang mengundur diri pada 1 Januari 2020.

"CPA memainkan peranan penting dalam tugas perlembagaan saya sebagai presiden.

"Saya akan mendapatkan pandangan berharga majlis ini sebelum menggunakan kuasa dalam semua perkara fiskal dan pelantikan pemegang jawatan penting, yang ditetapkan dalam perlembagaan.

"Saya akan bekerjasama rapat dengan CPA untuk terus menjaga rizab negara dan integriti perkhidmatan awam," tambahnya dalam pos itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg