Topik diikuti
Pergi ke BHkuCEO baru NKF tekad beri 'jagaan holistik'

MAHU BUKA LEMBARAN BARU: Pengerusi NKF, Encik Koh Poh Tiong (tengah), menyifatkan CEO baru badan itu, Encik Oei (kiri), sebagai seorang yang "yang penuh belas kasihan". Di kanan ialah CEO sementara, Cik Eunice Tay. - Foto ZAOBAO
CEO baru NKF tekad beri 'jagaan holistik'
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Encik Tim Oei, yang mula menerajui yayasan itu bulan lalu, bertekad memberi penjagaan holistik kepada pesakit dan bekerjasama dengan agensi lain bagi menangani peningkatan penyakit ginjal.
Dalam sidang media pertama beliau sejak mula bertugas di NKF pada 21 Ogos lalu di Pusat NKF di Kim Keat Road semalam, Encik Oei berulang kali melahirkan keprihatinannya bahawa pesakit ginjal tetap memerlukan rawatan sekalipun NKF berhadapan dengan kontroversi atau cabaran.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
