SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ceriakan golongan miskin di Indonesia, Kemboja dan Afrika

Ceriakan golongan miskin di Indonesia, Kemboja dan Afrika

May 27, 2022 | 5:00 AM

Ceriakan golongan miskin di Indonesia, Kemboja dan Afrika

BERAMAL TANPA SEMPADAN: Syarikat Muhd Zuhaili Services & Quran Centre tulus membantu golongan kurang mampu di Afrika. - Foto MUHD ZUHAILI SERVICES & QURAN CENTRE
BERAMAL TANPA SEMPADAN: Syarikat Muhd Zuhaili Services & Quran Centre tulus membantu golongan kurang mampu di Afrika. - Foto MUHD ZUHAILI SERVICES & QURAN CENTRE -

SYARIKAT Muhd Zuhaili Services & Quran Centre sudah berada dalam perkhidmatan korban dan akikah melebihi 10 tahun.

Bersama pengalaman yang luas dalam bidang ini, ia turut menjalinkan kerjasama dengan agensi korban yang terkenal di Indonesia, Yayasan Syekh Ali Jaber.

Walaupun pengasas Yayasan Syekh Ali Jaber sudah pun meninggal dunia, kerjasama ini tetap diteruskan sebagai usaha menyambung warisan perjuangan ulama.

Pengarah Muhd Zuhaili Services & Quran Centre, Encik Muhammad Zuhaili Sabudin, berkata:

"Hubungan baik saya dengan Almarhum Syekh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber tidak pernah terhenti, walaupun setelah pemergian beliau.

"Malah sehingga kini, kami masih membantu dengan mengadakan pakej korban dan akikah di Yayasan Syekh Ali Jaber untuk menceriakan pelajar-pelajar tahfiz di sana."

Bagi meningkatkan kesejahteraan bersama, Muhd Zuhaili Services & Quran Centre turut mengadakan program bulanan dengan memberi makan kepada golongan yang memerlukan.

"Alhamdulillah, hasil daripada sokongan masyarakat Islam Singapura, pihak Muhd Zuhaili Services & Quran Centre dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan dan meringankan beban mereka yang tinggal di Afrika dan Kemboja.

"Hal ini menjelaskan bahawa masyarakat Singapura adalah masyarakat yang prihatin dan menunjukkan contoh terbaik dalam menyebarkan sifat rahmah kepada masyarakat Islam di luar negara," kata Encik Muhammad Zuhaili.

Selain program di atas, Muhd Zuhaili Services & Quran Centre turut berkhidmat sebagai tempat mengajar Al-Quran.

Fokus utamanya adalah mendidik golongan muda dan tua tanpa mengira jantina dan usia untuk membaca Al-Quran dengan cara yang betul.

Sistem Tilawati yang diperkenalkan membolehkan pelajar memahami dan mengenal pasti huruf-huruf Hijaiyah dengan lebih cekap.

Kelas-kelas di sini akan dikendalikan oleh beberapa asatizah Al-Quran setempat yang diiktiraf oleh Skim Mengiktiraf Guru Al-Quran (QTRS).

Sempena ulang tahun penubuhan Muhd Zuhaili Services & Quran Centre yang ke-10 tahun ini, pihaknya berharap masyarakat dapat terus menyokong usaha menyebarkan syiar Islam melalui ibadah korban dan akikah.

"Mudah-mudahan, segala sumbangan yang diberi oleh masyarakat Islam akan memperolehi ganjaran yang tertinggi di sisi Allah swt.

"Sampaikanlah berita urusan korban ini kepada rakan-rakan lain supaya kita saling utuh membangunkan semangat memberi dan membantu umat Islam yang memerlukan.

"Sehubungan itu, saya juga telah dilantik sebagai Lembaga Pengarah Kanan bagi Liga Belia Islam Antarabangsa atau International Islamic Youth League untuk kawasan Asia.

"Dengan pelantikan ini, ia akan membuka lebih banyak ruang untuk melebarkan sayap bagi membantu kerja-kerja kemasyarakatan, sekaligus menguatkan peranan pihak Muhd Zuhaili Services & Quran Centre dalam meningkatkan syiar Islam," jelas Encik Muhammad Zuhaili lagi.

UNTUK MAKLUMAT

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kakitangan Muhd Zuhaili Services & Quran Centre di talian 8491-8085. E-mel kepada info@muhdzuhaili.com atau mzqurancentre@gmail.com Kunjungi Facebook@ MZ Quran Centre atau Muhd Zuhaili

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg