Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cetus perubahan dan baik pulih sekitaran demi masa depan menghijau: Presiden Halimah

Jun 5, 2021 | 2:41 PM
Pokok pukul lima atau 'rain tree' adalah antara pokok warisan yang ditempatkan di sekitar Istana.
Pokok pukul lima atau 'rain tree' adalah antara pokok warisan yang ditempatkan di sekitar Istana. - FACEBOOK HALIMAH YACOB

Presiden Halimah Yacob berharap masyarakat dan negara-negara akan bekerjasama untuk mencetuskan perubahan dan menggalak baik pulih sistem eko kita.

Ini kerana masa depan lebih menghijau bukan hanya baik untuk sekitaran dan punca pendapatan tetapi penting bagi penakatan kita yang berterusan di bumi ini, kata beliau dalam satu catatan pos Facebook sempena Hari Sekitaran Sedunia pada Sabtu (5 Jun).

Menurut Puan Halimah, Singapura sendiri sudah merasakan kesan perubahan iklim dengan suhu yang meningkat serta cuaca panas lebih kerap, menjadikan perubahan iklim isu penting yang memerlukan respons seluruh masyarakat.

"Kajian juga menunjukkan bahawa kehilangan kepelbagaian bio meningkatkan risiko lebih banyak penyakit berjangkit, termasuk koronavirus, daripada menular," ujarnya.

Puan Halimah juga menarik perhatian mengenai usaha negara ini dalam pemuliharaan pokok warisan di bawah Skim Pokok Warisan Singapura.

Istana, misalnya, menempatkan beberapa pokok warisan di bawah skim itu, seperti pokok pukul lima atau rain tree, pokok binjai dan pokok asam.

Pokok-pokok ini seperti banyak lain di Singapura, mengambil masa berdekad untuk matang dan ini hanya boleh berlaku hasil usaha bersepadu untuk memastikan pemuliharaannya, jelas Puan Halimah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg