Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chan Chun Sing sertai 'buka puasa' bersama pekerja asing menerusi Zoom

May 2, 2020 | 8:25 AM
'BUKA PUASA' ZOOM: Encik Chan Chun Sing dan Encik Melvin Yong menyertai satu sesi buka puasa bersama beberapa pekerja asing menerusi Zoom pada 1 Mei 2020.
'BUKA PUASA' ZOOM: Encik Chan Chun Sing dan Encik Melvin Yong menyertai satu sesi buka puasa bersama beberapa pekerja asing menerusi Zoom pada 1 Mei 2020. - - Foto FACEBOOK CHAN CHUN SING

MAJLIS Bandaran Tanjong Pagar menganjurkan satu sesi buka puasa menerusi sidang video pada Jumaat (1 Mei) bersama pekerja asing yang melakukan tugas pembersihan di kawasan tersebut.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar, bersama seorang lagi AP kawasan tersebut, Encik Melvin Yong, menyertai sesi itu yang diadakan sempena Hari Pekerja.

"Sementara menunggu untuk berbuka puasa, ada yang terus terang mengongsi estet itu kini lebih bersih kerana orang kurang keluar.

"Tetapi dengan lebih ramai yang duduk di rumah dan mengemas rumah, mereka lihat lebih banyak sampah yang dikumpul," kata Encik Chan dalam satu catitan di Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan kepada pekerja itu bahawa Singapura akan terus menjaga kebajikan mereka, dan mengucapkan terima kasih bagi khidmat mereka kepada masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg