Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chee Meng: Kekalkan semangat saling bantu demi kejayaan warga

Aug 25, 2018 | 6:39 PM
ANUGERAH TUISYEN: Encik Ng Chee Meng (lima dari kiri) bersama hadirin di majlis penyampaian Anugerah Tuisyen Bersama SHG semalam, termasuk penerima anugerah, Muhammad Shakir Shiraj Abdullah (dua dari kiri), serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Rahayu Buang (bertudung).
ANUGERAH TUISYEN: Encik Ng Chee Meng (lima dari kiri) bersama hadirin di majlis penyampaian Anugerah Tuisyen Bersama SHG semalam, termasuk penerima anugerah, Muhammad Shakir Shiraj Abdullah (dua dari kiri), serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Rahayu Buang (bertudung). - Foto ALPHONSUS CHERN

BADAN bantu diri (SHG) selama bertahun-tahun lalu telah mendorong pelajar mencapai potensi serta menjadikan mereka individu lebih yakin dan berjaya, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Ng Chee Meng.

"Saya gembira SHG membuat perubahan kepada masyarakat.

"Semangat Singapura mahu menjaga satu sama lain mesti kekal membara agar warga Singapura boleh berjaya bersama," ujar Encik Ng.

Malah, SHG juga bekerjasama, saling memanfaatkan pengalaman, kepakaran dan rangkaian masing-masing demi menyampaikan khidmat kepada semua warga Singapura, katanya.

Beliau, yang juga Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), berkata demikian dalam upacara penyampaian Anugerah Tuisyen Bersama SHG di Politeknik Singapura (SP), hari ini (25 Ogos).

Acara anjuran Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Serani (EA), Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) dan

Yayasan Mendaki itu meraikan pencapaian pelajar pelbagai kaum.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg