Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Chee Soon Juan diarah buat pembetulan berhubung komen tentang dasar perumahan awam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chee Soon Juan diarah buat pembetulan berhubung komen tentang dasar perumahan awam

Feb 22, 2024 | 07:53 PM



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, telah mengarahkan Pejabat Pofma (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian) supaya mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, dan TikTok Pte Ltd.

Arahan itu dibuat berhubung kiriman media sosial yang diterbitkan pada 17 Februari yang mengandungi kenyataan palsu dan mengelirukan mengenai dasar perumahan awam.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND) yang dikeluarkan pada 22 Februari, Dr Chee dikehendaki meletakkan notis pembetulan pada akaun Instagram dan Facebooknya dan membuat kiriman TikTok baru yang mengandungi notis pembetulan.

Notis tersebut akan menyatakan bahawa video yang disiarkan pada 17 Februari mengandungi kenyataan fakta palsu dan memberikan pautan kepada artikel Factually yang memberi penjelasan pemerintah.


Kenyataan itu menambah bahawa penjelasan pemerintah akan membolehkan penonton video mempertimbangkan kedua-dua versi dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

TikTok Pte Ltd juga dikehendaki menyampaikan notis pembetulan kepada semua pengguna di Singapura yang telah mengakses kiriman Dr Chee.

Dalam videonya, Dr Chee mendakwa pemerintah telah menolak idea membina flat yang boleh menampung kehidupan berbilang generasi.

Pemerintah menjelaskan dalam artikel Factually bahawa dakwaan itu adalah palsu.

Malah, pemerintah berkata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) membina dan menawarkan flat lima bilik dan 3Gen (yang direka khas bagi kehidupan melibatkan pelbagai generasi) untuk memenuhi keperluan perumahan keluarga lebih besar dan keluarga berbilang generasi yang ingin tinggal bersama.

Khususnya, flat 3Gen, yang umumnya lebih besar, kira-kira sebesar 115 meter persegi dan mempunyai satu bilik tidur tambahan berbanding flat lima bilik Bina Ikut Tempahan (BTO), diperkenal pada 2013, untuk membolehkan keluarga berbilang generasi tinggal bersama.

Flat lima bilik ditawarkan dalam semua pelancaran BTO pada 2023, manakala flat 3Gen ditawarkan dalam dua daripada empat pelancaran pada 2023.

Video Dr Chee juga merujuk kepada Laporan Melakar Hala Tuju Singapura, atau Forward Singapore (FSG), dan membuat kesimpulan daripada laporan itu bahawa “impian Singapura kini tidak dapat dicapai oleh ramai rakyat Singapura”.


Dalam penjelasannya, pemerintah berkata gerakan FSG bertujuan menyediakan hala tuju ke arah Singapura yang lebih bertenaga dan inklusif dengan peluang untuk semua rakyat Singapura meneruskan aspirasi mereka, serta belajar dan maju merentasi laluan yang pelbagai.

Ia menambah bahawa laporan FSG menekankan keperluan menyegarkan Impian Singapura, setelah penglibatan FSG dengan anak muda Singapura mendapati Impian Singapura telah berkembang melangkaui kejayaan material.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >