Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chelsea dibelasah City; Potter kian tertekan

Jan 10, 2023 | 5:30 AM
KEMENANGAN SELESA: Pemain penyerang City, Julian Alvarez (kiri), meraikan gol kedua pasukan dengan Phil Foden. - Foto REUTERS
KEMENANGAN SELESA: Pemain penyerang City, Julian Alvarez (kiri), meraikan gol kedua pasukan dengan Phil Foden. - Foto REUTERS -

LONDON: Manchester City berjaya melangkah ke pusingan keempat Piala FA selepas menundukkan Chelsea 4-0 di Stadium Etihad.

Secara keseluruhannya perlawanan kali ini antara kededua pasukan tersebut dianggap berat sebelah.

Padahal sebelum ini kededua pasukan biasanya bertarung habis-habisan apabila bertemu di padang.

Menyusuli kemenangan itu, City dijadual akan bertemu Oxford United atau Arsenal.

Kemenangan City itu bermula dengan gol jaringan Riyad Mahrez hasil tendangan percuma pada minit ke-23, sebelum Julian Alvarez menjadikan kedudukan 2-0 menerusi tendangan penalti yang diambilnya selepas bola terkena tangan Kai Havertz dalam petak penalti.

Phil Foden menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-38, sebelum Mahrez menjaringkan gol keduanya dan gol keempat City menerusi tendangan penalti.

Pengurus Chelsea, Graham Potter, kini dalam keadaan tertekan selepas kekalahan pasukannya itu dengan para peminat kelab tersebut melaungkan nama 'Thomas Tuchel', yang merupakan pengurus lama Chelsea yang dipecat sebelum ini.

Ini adalah kali pertama dalam 25 musim di mana Chelsea gagal melayakkan diri ke pusingan keempat Piala FA.

Malah, para peminat Chelsea melahirkan rasa kurang senang dengan mengejek pasukan mereka semasa rehat.

The Blues kini bertarung dengan masalah kecederaan namun ia bukan alasan di sebalik kekalahan yang memalukan itu.

Chelsea masih lagi dapat turunkan para pemain berpengalaman seperti Mateo Kovacic, Kalidou Koulibaly, Havertz, Mason Mount, Jorginho, Hakim Ziyech dan penjaga gawang Kepa Arrizabalaga.

Namun prestasi pasukan itu di padang mengecewakan - isyarat kedudukan Porter mungkin dalam 'bahaya'.

Chelsea akan bertemu Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara sebagai antara 16 pasukan dalam pusingan selanjutnya, namun sekiranya mereka bermain sebegini sudah pasti mereka akan tewas.

Sebaliknya City bagai menjadikan perlawanan tersebut terlalu mudah buat mereka.

Lawan City dalam pusingan keempat mungkin Arsenal atau Oxford United - bergantung kepada perlawanan antara kededua pasukan itu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg