Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chuan-Jin mohon maaf luah ungkapan tidak wajar di Parlimen

Jul 11, 2023 | 4:01 PM
UNGKAPAN KATA DIPERSOAL: Encik Tan Chuan-Jin (kiri) kedengaran menutur kekata lucah dan kesat “****ing populist” ke dalam mikrofon semasa hari pertama perbahasan mengenai Ucapan Presiden pada 17 April, selepas Profesor Madya Jamus Lim menamatkan ucapan kira-kira 20 minit tentang usaha membantu golongan berpendapatan rendah.
UNGKAPAN KATA DIPERSOAL: Encik Tan Chuan-Jin (kiri) kedengaran menutur kekata lucah dan kesat “****ing populist” ke dalam mikrofon semasa hari pertama perbahasan mengenai Ucapan Presiden pada 17 April, selepas Profesor Madya Jamus Lim menamatkan ucapan kira-kira 20 minit tentang usaha membantu golongan berpendapatan rendah. - Foto GOV.SG

Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, telah memohon maaf kepada Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja, Profesor Madya Jamus Lim, kerana menggunakan bahasa tidak beradab di Parlimen yang didengar dari mikrofon semasa persidangan Parlimen pada April.

Encik Tan berkata dalam catatan Facebook pada pagi Selasa bahawa rakaman sesi itu telah tular dan beliau terpaksa mendengarnya kerana “tidak mengingati peristiwa itu”.

Encik Tan kedengaran menuturkan kekata kesat dan lucah “****ing populist” pada mikrofon semasa hari pertama perbahasan mengenai Ucapan Presiden pada 17 April, selepas Dr Lim menamatkan ucapan kira-kira 20 minit tentang usaha membantu golongan berpendapatan rendah di sini.

AP pembangkang itu dalam ucapannya mengusulkan penubuhan garis kemiskinan rasmi.

“Apabila saya dengar ucapan itu, seperti orang lain, saya (juga) punya pandangan tentangnya.

“Apa yang saya katakan itu merupakan fikiran peribadi yang saya bisikkan kepada diri sendiri dan bukan kepada sesiapa,” kata Encik Tan di Facebook.

“Namun saya tidak sepatutnya menyatakannya dengan kuat atau dalam bahasa yang tidak sesuai dalam Parlimen dan saya memohon maaf.

“Saya juga telah bercakap dengan (Dr Lim)... untuk membuat permohonan maaf itu juga; yang telah diterimanya dengan baik hati, “ tambahnya.

Dr Lim membuat satu komen tentang catatan Encik Tan pada 12 tengah hari, mengatakan Encik Tan telah menelefonnya dan beliau menerima permohonan maaf itu.

Pada Isnin malam, satu video YouTube sepanjang lima jam sidang Parlimen telah dimuat naik di wadah media sosial, Reddit.

Ia bertajuk ‘Speaker Parliamen SG Tan Chuan-Jin menghina Jamus Lim: “****ing populist’.

Pada September 2021, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah meminta maaf kepada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, kerana memanggilnya “buta huruf” dan mempersoalkan kelayakan pendidikannya di Parlimen.

Komen Dr Balakrishnan kedengaran di latar belakang apabila Encik Leong mendekati beberapa menteri dalam perbahasan Parlimen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg