Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chun Sing: Kembali ke keadaan asal sebelum 25 Oktober untuk tenangkan keadaan

Dec 8, 2018 | 1:56 PM
ISU PERAIRAN DEKAT TUAS: Encik Chan menerangkan respons terkini pemerintah Singapura mengenai isu perairan dekat Tuas ,kepada media dan menggesa keadaan kembali ke asal sebelum 25 Oktober.
ISU PERAIRAN DEKAT TUAS: Encik Chan menerangkan respons terkini pemerintah Singapura mengenai isu perairan dekat Tuas ,kepada media dan menggesa keadaan kembali ke asal sebelum 25 Oktober. - Foto LIANHE ZAOBAO

KAPAL Malaysia harus meninggalkan perairan wilayah Singapura segera dan kembali ke keadaan asal sebelum 25 Oktober lalu, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.

Berkata demikian kepada media hari ini (8 Disember), Encik Chan berkata Singapura menyambut baik perbincangan dan berharap isu itu dapat diselesaikan dengan cepat dan damai.

Namun tambahnya, Singapura juga bersedia menyelesaikan hal itu menerusi prosedur penyelesaian pertikaian parti ketiga antarabangsa yang sewajarnya.

Ini juga merupakan antara mesej yang disampaikan menerusi nota diplomatik oleh Singapura kepada Malaysia pagi tadi, sebagai respons kepada nota yang dihantar oleh Malaysia semalam yang menggesa kedua-dua negara tidak menghantar aset ke kawasan perairan yang dipertikaikan, yang dituntut Malaysia buat kali pertama pada 25 Oktober lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg