Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Chun Sing: Pertingkat mobiliti sosial di S’pura perjalanan berterusan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Pertingkat mobiliti sosial di S’pura perjalanan berterusan

Apr 05, 2024 | 06:25 PM



Singapura telah membina sebuah sistem yang memberikan rakyatnya peluang untuk terus maju dan berkembang, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, pada 5 April.

Pemerintah telah melabur dan mencipta pelbagai program yang diperuntukkan sepanjang perjalanan hidup setiap rakyat Singapura, sekali gus memastikan tidak ada yang ketinggalan.

Beliau menambah bahawa uasha mempertingkat mobiliti sosial di Singapura adalah satu “perjalanan yang berterusan”.

“Hari ini, kita juga mempunyai program yang bermula daripada peringkat pranatal… dan pada peringkat campur tangan awal di prasekolah dan tadika, kita mengambil pendekatan peringkat awal daripada melakukan penyesuaian dan pemulihan peringkat akhir. 

“Dan saya rasa ia tidak akan berhenti baik pada peringkat sekolah menengah atau maktab rendah, politeknik mahupun di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

“Sepanjang hayat, Singapura telah mencipta sebuah sistem yang memberi peluang kepada orang ramai berjaya dan mengejar impian mereka,” kata Encik Chan, sambil menambah bahawa daya usaha seperti SkillsFuture adalah salah satu usaha pemerintah meningkatkan pelaburannya dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Bercakap dalam Sidang Puncak Mobiliti Sosial Access, beliau dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan DBS, Encik Piyush Gupta, menggariskan kepentingan pendekatan pelbagai sektor dalam membangunkan masyarakat lebih saksama dan terangkum di Singapura.

Sidang puncak itu, yang dianjurkan oleh pertubuhan amal mobiliti sosial Access Singapore, adalah yang pertama seumpamanya diadakan di Singapura dan ia bertujuan menangani isu ketidaksamaan yang semakin meningkat di negara ini.

Ia dihadiri oleh 450 individu daripada pertubuhan mobiliti sosial berbeza serta pelajar.

Encik Chan dan Encik Gupta turut membincangkan cara penggubal dasar dan pertubuhan korporat serta filantropi boleh menyumbang kepada usaha mempertingkatkan mobiliti sosial di Singapura

Melebihi usaha pemerintah dan sumber kewangan, Encik Chan menekankan terdapat keperluan berkongsi rangkaian dan peluang dengan yang lain.

Justeru, acara seperti sidang puncak itu menjadi peluang yang membolehkan setiap orang, termasuk pertubuhan korporat dan filantropi, berkumpul dan saling bertukar pandangan.

“Tidak seperti zaman saya, di Singapura kini mungkin terdapat keperluan yang meningkat bukan sekadar terhadap bantuan kewangan kepada seorang pelajar.

“Ia juga mengenai peluang latihan sambil belajar yang dapat membantu membuka perspektif mereka daripada latar belakang kurang bernasib baik.

“Jadi itu adalah perkara penting bagi kita memastikan setiap orang dapat terus bergerak ke hadapan bersama.

“Namun, pada akhirnya, saya tidak pasti apakah kita mampu mencapai kesaksamaan.

“Tetapi saya perlu mengatakan bahawa pada akhirnya, setiap orang di Singapura, tanpa mengira latar belakang kita, mesti mempunyai harapan yang tinggi bahawa mereka boleh melakukan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri,” tambah Encik Chan. 

Ketika ditanya apakah beliau berpendapat topik mobiliti sosial dan ketidaksamaan perlu diajar dan dijadikan sebahagian daripada Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE), Encik Chan berkata itulah sebabnya Kementerian Pendidikan (MOE) mengimbangi semula kurikulum pendidikan, serta sistem pengiktirafannya kepada pembangunan Kecekapan Abad Ke-21, atau 21CC, yang memberi tumpuan pada kecekapan sosial dan emosi.

Encik Chan berkata ia adalah set kemahiran yang melebihi pencapaian akademik. 

“Ia adalah kemahiran untuk berhubung dengan orang ramai, memahami mereka, di samping bekerja bersama orang daripada latar belakang berbeza.

“Jadi, anda boleh lihat bahawa dalam sistem pendidikan kita, kita sedang mencari keseimbangan itu dan ia akan terus berkembang apabila permintaan ekonomi dan masyarakat berubah.

“Setiap sekolah pada setiap peringkat mempunyai cabaran dan tanggungjawab untuk memupuk rasa empati dan tanggungjawab kolektif dalam diri warga kita,” tambah beliau.

Encik Chan juga berharap Singapura dapat membina etos yang membolehkan individu yang berjaya menerima kenyataan bahawa pencapaian mereka bermula daripada peluang yang telah diwujudkan atas daya usaha masyarakat.

Beliau menekankan tentang kepentingan memperkukuh sistem itu bagi memastikan generasi akan datang dapat meraih kejayaan sama atau lebih besar.

“Jika kita mampu mencapai ini, kita akan mempunyai Singapura yang lebih bersifat belas ihsan, lebih kuat dan lebih berdaya tahan,” ujarnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >