Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ciptaan tembikar 'cawan pelik' pelajar Nafa dapat sambutan

Bermula sebagai tugasan sekolah, 'cawan pelik' habis dijual
Feb 24, 2023 | 5:30 AM
ASAH KEMAHIRAN: 'Cawan pelik' mengambil masa empat jam untuk membentuk cawan itu dan beberapa hari untuk mereka bentuk dan mengecatnya. - Foto BH oleh KHALID BABA
ASAH KEMAHIRAN: 'Cawan pelik' mengambil masa empat jam untuk membentuk cawan itu dan beberapa hari untuk mereka bentuk dan mengecatnya. - Foto BH oleh KHALID BABA -

PELAJAR tahun akhir seni halus dari Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), Cik Siti Alyssa Yunos, jatuh cinta dengan pembuatan seni tembikar apabila beliau memutuskan untuk mempelajari seni tiga dimensi (3D) dengan membuat seramik dan arca dua tahun lalu.

Malah Cik Siti yang berusia 21 tahun mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk mempelajari dan meningkatkan kemahirannya dalam seni tembikar.

"Ia tidak semudah seperti apa yang anda lihat apabila seseorang membuat tembikar.

Ia menjadikan saya untuk lebih berdikari dan mencari gaya peribadi saya tersendiri dalam membuat tembikar, sambil belajar melalui video dalam talian," ujarnya.

Beliau berkata beliau berada di sekolah hingga lewat malam demi memperbaiki teknik tembikarnya hingga berjaya menghasilkan ciptaan 'cawan pelik'.

Bidang seni telah memberikan Cik Siti ruang untuk melahirkan kreativitinya - hasilnya beliau berjaya membuat cawan kopi berwarna-warni dengan reka bentuk dan tekstur unik dan 'pelik'.

"Ia bermula sebagai tugasan sekolah... ketika itulah saya memutuskan untuk bereksperimen dengan reka bentuk dan menambah titik dan warna yang lebih berani," tambahnya.

'Cawan pelik' yang bertemakan 'Santai' itu diinspirasikan melalui ideanya semasa bersantai. Ia membolehkan kreativitinya mengalir secara semula jadi tanpa batasan.

"Ketika menyampaikan konsep cawan pelik kepada pensyarah saya, beberapa cawan kelihatan tidak sempurna, tetapi itulah cara saya menginterpretasi seni. Tidak semestinya ia kelihatan serupa atau cantik, tetapi yang penting ialah proses pemikiran dalam menghasilkan cawan itu," tambahnya.

Pensyarahnya yang menyukai idea itu turut membeli semua 'cawan pelik'nya, sambil menggalakkannya untuk meneruskan siri tema 'Santai' ini.

"Semasa menjalani latihan amali di Arudio Ceramics, ketua syarikat itu menggalakkan saya menggunakan masa lapang untuk mengasah teknik tembikar melalui latihan, demi meningkatkan keyakinan saya," dedahnya yang turut bersyukur kerana mendapat sokongan padu.

Cik Siti juga mempunyai akaun di Instagram yang dinamakan 'tujuankitaa' bagi mendokumentasikan perjalanan dan proses menghasilkan produk tembikarnya.

Semasa pelancaran 'cawan pelik', beliau menerima sokongan padu daripada rakan kreatifnya yang turut membeli semua cawan tersebut.

"Dalam sehari saya boleh menghasilkan 15 hingga 20 cawan dan ia mengambil masa kira-kira empat jam untuk siap.

"Sebaik sahaja selesai, saya akan membiarkan cawan itu kering selama sehari, sebelum memotongnya," kata Cik Siti tentang proses menghasilkan 'cawan pelik.'

Anak muda itu akan membawa pulang cawannya dari sekolah dan menghabiskan masa di rumah mengecat setiap cawan-cawan tersebut.

Semasa di rerurai pertamanya di The Hammock Market pada 14 Januari lalu, kesemua 50 cawannya terjual. Mereka yang dari industri kreatif serta pelanggan yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini telah membeli cawannya itu.

"Sokongan yang saya dapat sangat menggalakkan dan saya terima banyak permintaan untuk menghasilkan lebih banyak cawan serta mempelbagaikan produk seramik saya, seperti menghasilkan mangkuk," katanya.

Cik Siti turut berkongsi bersama Berita Harian semasa ditemui bahawa beliau ingin terus menghasilkan 'cawan pelik'nya dan ingin memiliki studio bersama rakan-rakannya dari industri kreatif.

"Sebagai orang muda berseni kreatif, kelas tembikar di luar sana sangat mahal dan berharga $120 untuk sesi dua jam sahaja.

" Oleh itu, saya ingin menawarkan kelas membuat tembikar dengan harga berpatutan dan ingin berkongsi pengetahuan saya dengan semua, walaupun mereka mungkin tidak mempunyai latar belakang bidang kreatif."

Setiap 'cawan pelik' bermula dengan harga $40.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg