Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CNB boleh siasat jika guna dadah di luar negara: Shanmugam

Sep 12, 2022 | 11:03 PM
Ganja kelihatan dijual di sebuah kafe di Bangkok pada 12 September 2022. -
Ganja kelihatan dijual di sebuah kafe di Bangkok pada 12 September 2022. - - FOTO: EPA-EFE

IA bukan selalunya sebuah kesalahan jika seseorang menggunakan dadah di luar negara, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab pertanyaan di Parlimen pada Isnin (12 September) berkenaan kes melibatkan warga Singapura yang membeli produk mengandungi ganja di Thailand. Dalam kenyataan bertulisnya, Encik Shanmugam berkata Biro Narkotik Pusat (CNB) akan menyiasat jika seseorang itu didapati menggunakan dadah

Namun beliau menambah, jika dadah itu dimakan secara tidak sengaja atau tanpa pengetahuan mereka, selalunya tiada kesalahan telah dibuat.

Cik Joan Pereira, Anggota Parlimen (GRC Tanjong Pagar) membuat pertanyaan kepada menteri itu berkenaan rakyat Singapura yang telah berkunjung ke Thailand dan membeli produk mengandungi ganja secara tidak sengaja apabila mereka tidak berupaya membaca senarai bahan dalam bahasa Thai.

Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) pula bertanya apa langkah diambil bagi meningkatkan kesedaran terhadap bahaya dan keberadaan produk makanan biasa seperti coklat atau gula-gula yang mengandungi ganja dan disediakan di pasaran runcit luar negara.

Thailand merupakan negara pertama di Asia yang telah memansuhkan penggunaan ganja sebagai satu jenayah pada 9 Jun lalu.

Ia kini lebih sering dijual dan didapati dalam pelbagai produk dan makanan di situ, termasuk sup tom yum yang sering digemari warga dari sini.

Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-undang sebelum ini menyatakan, keizinan penggunaan dadah itu telah menyebabkan beberapa cabaran bagi Singapura serta pendirian antidadahnya

Pada Isnin, beliau berkata, CNB sedang bekerjasama dengan beberapa pihak berkepentingan, seperti institut pendidikan dan perkhidmatan negara, untuk mempertingkat kesedaran berkenaan kebahayaan ganja dalam kalangan pelajar serta anggota perkhidmatan negara sepenuh masa menerusi program pendidikan cegah dadah seperti sesi perkongsian, sketsa, pameran, video dan kit maklumat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg