Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CNB guna kit ujian air liur dalam operasi banteras dadah di pusat hiburan

Jan 8, 2024 | 8:30 PM
JALANKAN PEMERIKSAAN: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (paling kanan), turut menyaksikan pemeriksaan pengesanan dadah terhadap seorang pelanggan KTV (dua dari kiri) oleh pegawai daripada Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 5 Januari.
JALANKAN PEMERIKSAAN: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (paling kanan), turut menyaksikan pemeriksaan pengesanan dadah terhadap seorang pelanggan KTV (dua dari kiri) oleh pegawai daripada Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 5 Januari. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA

Sekitar 100 orang lelaki dan wanita yang memulakan hujung minggu dengan berhibur hati di sebuah kelab malam karaoke (KTV) di Geylang, terkejut apabila tempat itu diserbu pihak polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Sesetengah pengunjung kelihatan agak tidak tentu arah dengan suasana seakan pesta terpaksa dihentikan buat seketika.

Demikian dilihat wartawan dan juruvideo Berita Harian (BH) yang menyertai serbuan CNB pada 5 Januari lalu dari 11.45 malam hingga sekitar 1 pagi.

Tujuan CNB dalam operasi itu adalah untuk mengesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelanggan KTV itu menerusi penggunaan kit ujian air liur.

Kit yang dilancarkan Januari 2023 itu telah digunakan di pusat pemeriksaan imigresen dan operasi sekat jalan, dan berupaya mengetengahkan hasil ujian dalam tempoh 10 minit sahaja.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, turut menyertai operasi itu bagi memantau keberkesanan kit tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg