Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CNB kenal pasti belia perempuan yang didakwa guna dadah dalam video dalam talian

Apr 11, 2021 | 1:14 PM
-

BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah mengenal pasti seorang belia perempuan yang didakwa menggunakan dadah menerusi satu alat dalam video yang tersebar dalam talian.

Individu itu sedang membantu dalam siasatan, dan telah dibebaskan kepada ibu bapanya dengan ikat jamin, kata CNB dalam satu kenyataan malam Sabtu (10 April).

"Sedang siasatan masih dijalankan, orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebar video itu. Setiap orang, termasuk ibu bapa dan masyarakat, memainkan peranan untuk melindungi belia kita daripada bahaya dadah," kata CNB.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara mengenal pasti tanda-tanda amaran masalah dadah, serta cara mendekati belia untuk menyebar mesej antidadah, di laman www.cnb.gov.sg.

Ibu bapa juga boleh menghubungi talian CNB di 1800-325-6666 untuk mendapatkan nasihat dan bantuan jika mereka mengesyaki atau bimbang anak mereka mungkin terjebak dengan dadah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg