Topik diikuti
Pergi ke BHkuCNB rampas dadah bernilai $63,000, tangkap lapan warga S'pura, termasuk seorang disyaki pengedar dadah
CNB rampas dadah bernilai $63,000, tangkap lapan warga S'pura, termasuk seorang disyaki pengedar dadah
CNB rampas dadah bernilai $63,000, tangkap lapan warga S'pura, termasuk seorang disyaki pengedar dadah
DADAH bernilai $63,000 dirampas dan lapan warga Singapura ditangkap dalam satu operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) pada dinihari Jumaat (5 Oktober).
Dalam kenyataannya, CNB berkata salah seorang yang ditangkap ialah lelaki berusia 49 tahun yang disyaki mengedar dadah.
"Siasatan mengenai kegiatan berhubung dadah yang dilakukan oleh semua orang yang disyaki sedang berlangsung," kata CNB.
Lelaki yang disyaki mengedah dadah itu, bersama dua lagi penyalah guna dadah lelaki berusia 42 tahun dan 52 tahun, ditangkap di 'sebuah unit' di Potong Pasir Avenue 1.
Pegawai CNB juga merampas 74 gram heroin, 58 gram 'ice', 2 gram kanabis dan dua tablet 'ecstasy' dari unit itu.
Menurut CNB, lelaki yang disyaki mengedar dadah itu dipercayai mengenali dua lagi lelaki yang ditangkap CNB dalam serbuan lebih awal di Geylang.
Dalam serbuan di apartmen privet di Geylang Lorong 29 itu, pegawai CNB menangkap empat orang - dua perempuan berusia 18 tahun dan 30 tahun, serta dua lelaki berusia 27 tahun dan 33 tahun.
Sekitar 1,517 gram kanabis, 257 gram 'ice' 246 tablet Ecstasy dan 58 gram heroin dirampas dari apartmen itu.
Seorang lagi pesalah dadah, lelaki berusia 24 tahun, ditangkap di kedai menjual ubat di Geylang.
Menurut CNB, lelaki itu cuba melarikan diri, tetapi berjaya dikejar dan ditangkap pegawainya.
Pegawai CNB turut menemui bungkusan mengandungi 10 gram 'ice' yang cuba dibuang lelaki itu.
Menurut CNB, 1,519 gram kanabis mencukupi untuk digunakan 217 penagih dadah selama seminggu. Sejumlah 325 gram 'ice' pula mencukupi untuk digunakan sekitar 186 penyalah guna dadah bagi tempoh yang sama.
