CNB tahan 107 disyaki pesalah dadah, rampas heroin dan 'ice'
Premium
CNB tahan 107 disyaki pesalah dadah, rampas heroin dan 'ice'
Dec 1, 2018 | 5:30 AM
OPERASI MENYELURUH: Seorang pegawai CNB memeriksa sebuah unit semasa operasi serata Singapura dijalankan CNB dari pagi Isnin lalu hinggga semalam. - Foto CNB -
BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah menahan 107 orang yang disyaki terlibat dalam kesalahan dadah dalam satu operasi seluruh pulau daripada pagi Isnin lalu hingga pagi semalam.
Operasi berkenaan menyaksikan biro tersebut turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 91 gram heroin, 40 gram Ice, lapan gram ganja, Bahan Psikoaktif Baru (NPS), 56 butir pil Erimin-5 dan tiga butir pil Ecstasy.

