Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

COE melonjak berikutan cukai lebih tinggi bagi kereta mewah

Feb 24, 2022 | 5:30 AM
3245f648-9ef2-4145-8ad8-a03686027073
- Foto fail

PREMIUM bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) meningkat secara menyeluruh dalam pelaksanaan pembidaan terbaharu pada Rabu, yang pertama selepas cukai baharu yang lebih tinggi untuk kereta mewah dimulakan.

COE bagi Kategori B, untuk kereta dengan lebih daripada 1,600cc atau 130 kuasa kudat dan yang paling relevan dengan kereta mewah, melonjak kepada S$93,590 di akhir pembidaan. Kali terakhir COE mencecah lebih $90,000 ialah Februari 2013,

Ia naik 8.69 peratus berbanding $86,102 dalam bidaan sebelumnya dua minggu lalu.

Harga COE Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan kecuali motosikal melonjak kepada $93,102 - naik tujuh peratus berbanding bidaan $87,000 dua minggu lalu.

Harga COE bagi Kategori A, atau kereta 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa tidak melebihi 130bhp, juga meningkat.

COE bagi kereta sedemikian kini S$63,000, atau 3.68 peratus lebih tinggi daripada S$60,761 yang dicatatkan awal bulan ini.

Premium untuk COE kenderaan komersial juga naik, meningkat daripada S$44,001 kepada $46,501, peningkatan 5.7 peratus.

Bakal pembeli motosikal tidak merasakan kelegaan daripada harga yang sentiasa tinggi di dalam Kategori D.

Premium bagi motosikal meningkat mendadak kepada S$10,589 daripada S$10,010, perbezaan 5.8 peratus dan mencipta rekod baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg