Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ComfortDelGro tawar khidmat penghantaran makanan

Apr 29, 2020 | 2:11 PM
BANTUAN UNTUK PEMANDU TEKSI: Semua sewa teksi ComfortDelGro akan ditiadakan dari 7 April hingga 5 Mei 2020.
BANTUAN UNTUK PEMANDU TEKSI: Semua sewa teksi ComfortDelGro akan ditiadakan dari 7 April hingga 5 Mei 2020. - - Foto fail

SYARIKAT teksi terbesar di Singapura, ComfortDelGro, kini menyediakan khidmat penghantaran makanan, menggunakan rangkaian perkhidmatan yang disediakan sekitar 10,000 teksinya di sini.

Sebelum ini, pengendali teksi itu bergantung pada pihak ketiga untuk menghantar makanan.

Dalam kenyataannya pada Rabu (29 April), ComfortDelgro berkata perkhidmatan penghantaran ditawrakan setiap hari dari 9 pagi hingga 10 malam dan 'dibangunakan untuk membantu pemandu teksi ComfortDelGro semasa pandemik Covid-19'.

Khidmat itu, sejak Khamis lalu, sedang diuji, dengan kerjasama restoran seperti The Peranakan dan The Straits Clan's Kin

Firma makanan dan minuman (F&B) boleh mendaftar dengan ComfortDelivery menerusi laman webnya.

Bayaran yang dikenakan bagi setiap penghantaran adalah berdasarkan jarak dan bermula pada $6.50. Firma F&B yang menempah teksi untuk membuat dua penghantaran sekali gus dikenakan bayaran lebih rendah, bermula $8.50.

Menurut ComfortDelGro, berbeza daripada perkhidmatan penghantaran makanan lain, 'semua bayaran disalur langsung ke saku pemandu teksi'.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg