Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

COURTS agih baucar $30,000 kepada keluarga pendapatan rendah

Dec 7, 2024 | 6:18 PM
Ketua Pegawai Eksekutif COURTS, Encik Harry Higashiura (kanan), menyerahkan ‘cek’ kepada penasihat pertubuhan akar umbi GRC East Coast, Encik Tan Kiat How (kiri), semasa sambutan ulang tahun ke-50 COURTS di COURTS Megastore@Tampines pada 7 Disember.
Ketua Pegawai Eksekutif COURTS, Encik Harry Higashiura (kanan), menyerahkan ‘cek’ kepada penasihat pertubuhan akar umbi GRC East Coast, Encik Tan Kiat How (kiri), semasa sambutan ulang tahun ke-50 COURTS di COURTS Megastore@Tampines pada 7 Disember. - Foto COURTS

Sempena ulang tahunnya yang ke-50, peruncit barangan elektrik, teknologi maklumat (IT) dan perabot, COURTS, menyumbang baucar bernilai $30,000 untuk membantu 600 keluarga berpendapatan rendah di GRC East Coast dan GRC Tampines.

Penerima boleh menggunakan baucar di 13 cawangan COURTS di serata Singapura di bawah inisiatif yang diusahakan dengan kerjasama pertubuhan akar umbi.

Penasihat kepada pertubuhan akar umbi GRC East Coast, Encik Tan Kiat How, memberitahu Berita Minggu (BM):

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada ramai isi rumah kurang berkemampuan di East Coast.

“Kami akan menyalurkan baucar ini kepada keluarga ComLink yang tinggal di unit sewa, serta keluarga yang mempunyai anak-anak bersekolah. Baucar ini akan sangat membantu isi rumah kami terutama pada akhir tahun dan bagi mereka menyambut tahun baru.”

Keluarga ComLink merupakan keluarga yang mempunyai anak bawah umur 21 tahun dan tinggal di flat sewa awam. 

Ketua Pegawai Eksekutif COURTS, Encik Harry Higashiura, berkata: “Falsafah ibu syarikat kami, Nojima Co, adalah untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi produknya.

“Kami ingin bantu dari segi kehidupan harian. Pelanggan dan masyarakat telah menjadi asas kejayaan kami. Inisiatif ini mencerminkan rasa syukur dan dedikasi kami untuk menyokong mereka yang memerlukan.”

Inisiatif tersebut dilancarkan sempena acara perasmian pembukaan semula Courts Megastore@Tampines pada 7 Disember.

Acara tersebut dihadiri Encik Higashiura, Encik Tan dan penasihat kedua kepada pertubuhan akar umbi GRC Tampines, Dr Charlene Chen.

COURTS Megastore@Tampines telah diubah suai selama sekitar empat bulan untuk menawarkan pengalaman membeli-belah interaktif kepada pelanggan.

Terdapat studio masak baru untuk mempamerkan peralatan moden dan inovasi kulinari, sudut mencuba produk secara langsung, ruang khas pengalaman produk LG dan zon Samsung yang menampilkan skrin 114 inci dengan peranti mikro LED.

Di samping itu, COURTS juga telah mengatur kegiatan dan promosi selama dua hujung minggu penuh di Megastore Tampines sempena sambutan tersebut.

Tawaran istimewa bermula daripada $0.50 dan diskaun setiap jam pada 7 Disember.

Encik Sharim Mead, 57 tahun dan isterinya, Cik Farah Kassim, 51 tahun, tiba seawal 9 pagi untuk beratur di COURTS pada 7 Disember.

Mereka berjaya membeli televisyen Samsung 50 inci dengan harga $350 dan iPad berharga $285, dengan penjimatan hampir $800.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg