PENJUAL perabot dan perkakas rumah COURTS mengumumkan khidmat terbaru, Absolute 0%, yang menawarkan pembayaran ansuran tanpa bayaran pentadbiran tambahan dan kad kredit.

Didorong permintaan pelanggan, COURTS telah menawarkan khidmat itu untuk memudahkan pelanggan berbelanja serta mengumpul insentif.