SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: Promoter jualan Guardian, pekerja pembersihan dan kru kapal 3 kes baru masyarakat tidak berkait

Covid-19: Promoter jualan Guardian, pekerja pembersihan dan kru kapal 3 kes baru masyarakat tidak berkait

Jun 11, 2021 | 11:04 PM

Covid-19: Promoter jualan Guardian, pekerja pembersihan dan kru kapal 3 kes baru masyarakat tidak berkait

Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS
Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS -

SEORANG promoter jualan di farmasi Guardian (ION Orchard) adalah antara tiga kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang dikenal pasti pada Jumaat (11 Jun).

Kesemua tiga kes masyarakat ini tiada kaitan dengan kes sebelum ini.

Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan wanita berusia 57 tahun itu mula mengalami tekak yang kering pada 7 Jun tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan.

Beliau kemudian mengalami sakit telinga pada 10 Jun dan mendapatkan rawatan di poliklinik serta menjalani ujian pantas antigen (ART) dan ujian reaksi rantaian polymerase (PCR). Kedua-dua ujian ini mengesahkan beliau positif Covid-19.

Selain kes ini, wanita berusia 50 tahun yang bertugas dengan syarikat Campaign Complete Solutions Pte Ltd sebagai pekerja pembersihan di Raffles City Tower dan One Raffles Quay juga antara kes masyarakat yang baru dikenal pasti pada Jumaat.

Beliau tidak menampakkan tanda jangkitan dan dikesan positif koronavirus setelah menjalani ujian pengawasan buat pekerja pembersihan di pusat beli-belah. Kes ini sudah mendapat suntikan vaksin penuh pada 1 Mei dan 29 Mei.

Kes ketiga pula melibatkan lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun yang bertugas di Marina Offshore Pte Ltd sebagai kru kapal di atas kapal tunda MARINA ARIEL. Beliau demam dan kemudian hilang deria menghidu dan merasa serta sakit kepala dan menggigil.

Pada Jumaat, enam kes import turut dikenal pasti. Tiada kes dormitori dikesan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg