Covid-19: 1 kes import baru, tiada kes dalam masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 1 kes import baru, tiada kes dalam masyarakat

Feb 17, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 1 kes import baru, tiada kes dalam masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
97fb1deb-a4c7-4949-abea-5229ee836c12
-

SATU kes baru Covid-19 dilaporkan di Singapura hingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jangkitan koronavirus itu berjumlah 59,810 di sini.

Kes itu ialah kes import yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau dikuarantin setibanya di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Tiada kes dalam masyarakat dan tiada kes melibatkan pekerja asing di dormitori.

MOH berkata bahawa sejak 5 Februari, pemegang pas kerja dan pemegang pas S dalam bidang pembinaan, marin dan proses, serta pekerja domestik dan penjaga ibu berpantang, yang mempunyai sejarah perjalanan di negara berisiko tinggi, secara progresif diperlukan menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dan ujian serologi apabila tiba di Singapura.

"Ini membolehkan kami untuk mengenal pasti dengan pantas individu yang sudah pulih daripada jangkitan lama Covid-19, dan tidak lagi dalam peringkat berjangkit apabila tiba di Singapura, dan tidak memasukkan mereka dalam jumlah kes harian kami," kata MOH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg