Covid-19: 1 kes import Omicron; 523 jangkitan baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 1 kes import Omicron; 523 jangkitan baru

Dec 7, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 1 kes import Omicron; 523 jangkitan baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
52b0975c-6b07-47bf-8f33-9d3002efcb5a
-

SATU kes Covid-19 baru yang diimport telah didapati positif bagi varian Omicron dalam ujian awal, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan lewat malam kelmarin.

Lelaki penduduk tetap Singapura berusia 37 tahun itu tiba di sini dari Afrika Selatan pada 1 Disember lalu dan berada dalam penerbangan sama dengan dua kes Omicron sebelum ini.

Beliau telah divaksin sepenuhnya dan mengalami simptom ringan.

Beliau belum berinteraksi dengan masyarakat dan buat masa ini tidak ada bukti penyebaran masyarakat daripada kes itu, kata MOH.

Kementerian itu melaporkan Khamis lalu bahawa dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan menaiki penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah didapati positif bagi varian Omicron dalam ujian awal .

Kes baru itu sedang beransur pulih dalam wad pengasingan di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Ujian Covid-19 prakeberangkatan yang diambilnya di Johannesburg pada 29 November adalah negatif.

Sebaik tiba di Singapura, beliau diasingkan d sebuah kemudahan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) khusus dan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) yang dilakukan pada 1 dan 3 Disember juga negatif.

Sabtu lalu, beliau mengalami demam dan sakit tekak dan dibawa ke NCID, di mana beliau didapati positif bagi varian Omicron dalam ujian awal.

Makmal Kesihatan Awam Nasional sedang menjalankan urutan genom untuk mengesahkan varian itu.

Kesemua 18 penumpang dalam penerbangan itu telah disahkan negatif jangkitan Covid-19 dan diasingkan di kemudahan SHN khusus.

Kes itu merupakan antara 552 jangkitan Covid-19 baru di Singapura kelmarin, turun daripada 743 pada hari sebelumnya.

Ini hari ketiga berturut-turut kes baru harian di bawah 1,000.

Jangkitan baru yang dilaporkan kelmarin terdiri daripada 523 kes dalam masyarakat, 14 di asrama pekerja migran dan 15 kes import.

Lagi 13 orang berusia antara 52 dengan 96 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah 759 kematian di Singapura akibat virus itu sejauh ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg