Covid-19: 1 kes setempat libatkan pekerja migran, 7 import
Covid-19: 1 kes setempat libatkan pekerja migran, 7 import
Nov 29, 2020 | 3:51 PM
DIKESAN SELEPAS UJIAN PEMANTAUAN: Pekerja migran yang menetap di Singapura dikenal pasti sebagai antara lapan kes jangkitan Covid-19 baru pada Ahad (29 November) setelah menjalani ujian pemantauan masyarakat buat pengendali gerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka pada 26 November. - Foto CHINESE MEDIA GROUP -
SEORANG pekerja migran yang menetap di Singapura dikesan Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai antara lapan kes jangkitan Covid-19 baru pada Ahad (29 November).
Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan lelaki itu dikenal pasti hasil ujian pemantauan masyarakat yang dijalankan ke atas pengendali gerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka pada 26 November.
Hasil ujian serologi (mengesan antibodi dalam darah) menunjukkan beliau positif Covid-19 serta memberi gambaran kemungkinan wujud jangkitan sebelum ini.
Tiada kes dormitori dikesan.
Dalam pada itu, tujuh kes import yang dikenal pasti sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan.

