SERAMAI 100 orang didapati tidak mengenakan pelitup hari ini, manakala lebih 150 didenda kerana makan di kedai makanan, berlegar di tempat awam, atau tidak mematuhi peraturan jarak selamat.
Ini didedahkan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menerusi Facebooknya hari ini (17 April).
Encik Masagos telah menggesa orang ramai supaya saling menyokong antara satu sama lain dalam mengharungi 17 hari lagi semasa tempoh pemutus litar ini.
Menurutnya, semua orang terpaksa membuat penyesuaian besar kepada rutin harian serta cara bekerja dan menjalani kehidupan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg