Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: 102 kes baru termasuk 5 dalam masyarakat, 6 import
AFP
Aug 13, 2020 | 4:17 PM
Covid-19: 102 kes baru termasuk 5 dalam masyarakat, 6 import
LAGI 102 kes Covid-19 baru disahkan sehingga 12 tengah hari Khamis (13 Ogos), menjadikan jumlah 55,497 kes di Singapura sejauh ini.
Sebanyak lima kes dalam masyarakat dilaporkan, terdiri daripada seorang penduduk tetap dan empat pemegang pas kerja, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Enam kes yang diimport turut dilaporkan, dan mereka telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Baki kes melibatkan pemegang permit kerja yang sedang dikuarantin. Butiran lanjut akan diumumkan malam nanti.