Covid-19: 11 kes baru; 9 kes masyarakat; 2 import
Jun 20, 2021 | 3:48 PM
Foto BH oleh NG SOR LUAN -
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 11 kes jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari Ahad (20 Jun).
Daripada sejumlah itu, sembilan daripadanya merupakan kes masyarakat. Empat daripada kes masyarakat ini berkait dengan kes sebelum ini. Tiga daripada mereka sudah dikuarantin manakala seorang lagi dikesan dalam proses pengawasan MOH.
Baki lima kes pula tiada kaitan dengan kes terdahulu, jelas MOH dalam kenyataannya.
Dalam pada itu, terdapat dua kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Salah seorang daripada mereka adalah warga Singapura yang pulang ke sini.
Tiada kes dormitori dikesan.

