SEBANYAK 11 kes baru Covid19 dilaporkan di Singapura hingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah jangkitan koronavirus itu berjumlah 59,832 di sini.
Kesemuanya kes import yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.
"Daripadanya, empat tiba di Singapura sebelum keperluan ujian serologi mandatori sejurus tiba mula dilaksana manakala enam kes itu tidak perlu menjalani ujian tersebut setibanya mereka di sini," ujar MOH menerusi satu kenyataan.
Tiada kes dalam masyarakat dan tiada kes melibatkan pekerja asing di dormitori.
Sejak 5 Februari, pemegang permit kerja dan pemegang pas S dalam sektor binaan, marin dan proses serta pembantu rumah dan penjaga ibu berpantang yang baru tiba di Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan ke negara atau daerah berisiko tinggi perlu menjalani ujian serologi mandatori sejurus tiba selain ujian reaksi rantai polimerase (PCR).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg