LAGI 11 kes Covid-19 disahkan hingga 12 tengah hari Jumaat (18 September), menjadikan jumlah 57,543 jangkitan di Singapura sejauh ini. Ini termasuk satu kes dalam masyarakat, melibatkan seorang warga Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Satu kes yang diimport turut dilaporkan, dan pesakit itu telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg