Covid-19: 112 kes masyarakat, termasuk 40 kelompok Bugis Junction
Covid-19: 112 kes masyarakat, termasuk 40 kelompok Bugis Junction
Aug 27, 2021 | 5:30 AM
-
SINGAPURA melaporkan 112 kes baru Covid-19 dalam masyarakat hingga 12 tengah hari semalam, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Daripada jumlah itu, 40 kes berkait dengan kelompok Bugis Junction.
Daripada baki 72 kes baru dalam masyarakat, 31 kes terkait dengan kes sebelum ini dan telah pun dikuarantin.
Sebanyak 17 kes terkait dengan kes lalu dan dikesan menerusi pengawasan ujian rutin. Baki 24 kes tidak ada kaitan dengan kes lalu sejauh ini.
Terdapat juga empat kes import baru semalam, yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di Singapura, kata MOH. Dengan kes baru hingga petang semalam, kes Covid-19 di Singapura berjumlah 66,928.

