Covid-19: 12 kes baru di S'pura, semua import

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 12 kes baru di S'pura, semua import

Feb 28, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 12 kes baru di S'pura, semua import

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
559090e6-a156-4c71-9c22-2c6be5df2524
-

Sebanyak 12 kes baru Covid-19 disahkan di Singapura hingga tengah hari semalam, menjadikan jangkitan koronavirus itu berjumlah 59,925 di sini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Kesemua kes baru itu ialah kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di sini.

Tiada jangkitan dalam masyarakat atau di dormitori pekerja asing baru semalam.

Dengan 18 kes dibenarkan pulang kelmarin, 59,788 pesakit sudah pulih sepenuhnya hingga semalam.

Seramai 15 pesakit masih di hospital, termasuk seorang yang dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU), sementara seramai 66 pesakit sedang sembuh di kemudahan masyarakat.

Singapura melaporkan 29 kematian ekoran komplikasi Covid-19, manakala 15 orang yang disahkan positif koronavirus itu meninggal dunia akibat sebab lain.

Pandemik itu, yang bermula Disember 2019, menjangkiti lebih 113 juta orang di seluruh dunia. Lebih 2.5 juta orang maut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg