LAGI 132 jangkitan Covid-19 baru telah disahkan sehingga 12 tengah hari Sabtu (8 Ogos), menjadikan jumlah 54,929 kes di Singapura sejauh ini. Kes baru itu termasuk satu kes dalam masyarakat melibatkan seorang warga Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya. Sebanyak enam kes yang diimport turut dilaporkan. Mereka telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Baki kes melibatkan pemegang permit kerja yang menginap di beberapa blok asrama yang dikhaskan sebagai kemudahan kuarantin.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg