Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 147 kes baru dalam masyarakat, 52 kes tiada kaitan

Aug 30, 2021 | 7:30 PM
MOH mengesahkan 147 kes baru jangkitan Covid-19 setempat.
MOH mengesahkan 147 kes baru jangkitan Covid-19 setempat. - - Foto fail

TERDAPAT 147 kes baru jangkitan Covid-19 setempat yang disahkan hingga 12 tengah hari Isnin (30 Ogos).

Ini merupakan jumlah kes jangkitan tempatan tertinggi sejak 22 Julai.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 kes dikaitkan dengan kes sebelum ini dah telah dikuarantin, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Sebanyak 42 kes pula dikesan menerusi pemantauan.

Antara kes ini, ialah seorang warga emas berusia lebih 70 tahun, yang belum mendapatkan vaksinasi sepenuhnya dan berisiko mengalami penyakit serius.

Sementara itu, sebanyak 52 kes sejauh ini tidak berkaitan dengan kes lalu.

Selain itu, terdapat lapan kes import yang telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik sahaja mereka tiba di Singapura.

Dalam kalangan kes import itu, sebanyak tiga kes dikesan semasa tiba di Singapura dan limalagi dikesan semasa SHN atau pengasingan, kata MOH lagi.

Secara keseluruhannya, terdapat 155 kes baru jangkitan Covid-19 di Singapura pada Sabtu, membawa jumlah jangkitan kepada 67,459.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg