Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: 15 kes baru; 2 kes masyarakat; 6 import
BELASAN KES JANGKITAN BARU: Sehingga 12 tengah hari Isnin (28 September), Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan 15 kes jangkitan baru Covid-19 di Singapura. - Foto BH oleh DESMOND WEE
Sep 28, 2020 | 3:52 PM
SEHINGGA 12 tengah hari Isnin (28 September), Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan 15 kes jangkitan baru Covid-19 di Singapura.
Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan terdapat dua kes masyarakat yang kedua-duanya merupakan pemegang pas kerja.
Terdapat enam kes import yang kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.
