Covid-19: 15 kes tiada kaitan antara 53 kes masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 15 kes tiada kaitan antara 53 kes masyarakat

Aug 11, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 15 kes tiada kaitan antara 53 kes masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SEKATAN DILONGGARKAN: Beberapa orang dilihat duduk di tempat awam dengan pelekat sebagai langkah jarak selamat di pusat membeli-belah Wisma Atria semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
SEKATAN DILONGGARKAN: Beberapa orang dilihat duduk di tempat awam dengan pelekat sebagai langkah jarak selamat di pusat membeli-belah Wisma Atria semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

TERDAPAT 15 kes tiada kaitan di antara 53 kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat sehingga petang semalam, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan 31 kes berkaitan dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin manakala tujuh kes pula berkaitan dengan kes terdahulu dan dikenal pasti menerusi pemantauan.

MOH berkata satu kes adalah kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.

Kesemuanya terdapat 54 kes Covid-19 baru di Singapura semalam.

Semalam merupakan hari pertama sekatan dilonggarkan untuk membolehkan perhimpunan sosial di Singapura diteruskan, terutamanya bagi mereka yang telah divaksinasi.

Antaranya termasuk perhimpunan sosial serta pengunjung ke rumah juga dinaikkan kepada lima orang bagi mereka yang telah divaksin sepenuhnya dan had dua orang bagi mereka yang belum divaksin di tempat awam.

Mereka yang mendapatkan hasil ujian Covid-19 negatif atau sudah sembuh dari jangkitan virus itu serta kanak-kanak bawah 12 tahun dari isi rumah sama juga boleh menyertai kumpulan tersebut.

Tahap Persediaan telah bermula semalam dan akan berterusan sekitar sebulan dengan lebih 80 peratus penduduk yang telah melengkapkan vaksinasi mereka, sebelum Singapura memulakan Tahap Peralihan untuk menjadi negara berdaya tahan terhadap Covid-19.

Jika situasi kekal stabil, jumlah orang ramai yang dibenarkan hadir bagi acara dan had pengunjung ke pusat beli-belah dan tarikan akan terus dinaikkan pada 19 Ogos.

Sehingga 50 peratus pekerja juga akan dibenarkan untuk kembali ke tempat kerja menjelang 19 Ogos nanti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg