Covid-19: 163 kes baru jangkitan dalam masyarakat, 106 dikaitkan dengan Pelabuhan Perikanan Jurong
Covid-19: 163 kes baru jangkitan dalam masyarakat, 106 dikaitkan dengan Pelabuhan Perikanan Jurong
Jul 19, 2021 | 6:28 PM
106 kes Covid-19 dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong hari ini. - Foto CMG -
TERDAPAT 163 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19 yang dilaporkan hari ini (19 Julai), termasuk 106 yang dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, pasar dan pusat makanan.
Kelompok tersebut kini sebesar 279 kes.
Kementerian Kesihatan (MOH) turut mendedahkan terdapat 19 kes baru yang dikaitkan dengan kelompok KTV, yang kini sebesar 192 kes.
Sembilan kes import juga dilaporkan hari ini, kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

