
LAGI 18 kes Covid-19 disahkan hingga 12 tengah hari Ahad (20 September), menjadikan jumlah 57,576 jangkitan di Singapura sejauh ini.
Ini termasuk satu kes dalam masyarakat, melibatkan seorang pemegang pas kerja, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Empat kes yang diimport turut dilaporkan, dan pesakit itu telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.
Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg