Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 19 kait kes awal; 4 tiada kaitan

May 30, 2021 | 5:30 AM
d6ec2ba4-2588-46e6-9674-5d4d20d46a6f
-

SEBANYAK 23 kes baru jangkitan Covid-19 dalam masyarakat dilaporkan hingga 12 tengah hari semalam, termasuk empat kes yang tidak berkait.

Daripada bilangan tersebut, 19 kes dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini, dengan 13 daripada mereka sudah pun dikuarantin manakala enam lagi dikesan menerusi pemeriksaan.

Secara keseluruhan, sebanyak 33 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, kata Kementerian Kesihatan (MOH) menerusi satu kenyataan.

Daripada jumlah itu, 10 merupakan kes import yang sudah dikenakan arahan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Separuh daripada mereka, atau lima orang, merupakan warga atau penduduk tetap (PR) Singapura yang pulang ke negara ini.

Tiada kes baru dalam dormitori pekerja migran dilaporkan semalam.

Kelmarin, 30 kes baru jangkitan Covid-19 di Singapura dilaporkan, termasuk 15 dalam masyarakat, dengan tiada kes baru daripada dormitori.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg