Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 19 kes import, tiada kes dalam masyarakat dan dormitori

Dec 21, 2020 | 5:30 AM
831bcdb6-9737-4907-a49b-cee4882625cd
-

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 19 kes import jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari semalam.

Semua kes ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura, jelas MOH dalam kenyataannya.

Tiada kes dalam masyarakat atau dormitori dikesan.

Sehingga kelmarin, sebanyak 58,422 kes Covid-19 dilaporkan di Singapura.

Dengan sembilan kes sudah dibenarkan pulang kelmarin, 58,259 pesakit sudah pun pulih daripada virus ini.

MOH menambah bilangan kes baru dalam masyarakat kekal rendah tanpa sebarang kes dikesan sepanjang minggu lalu.

Sejumlah 38 pesakit masih dirawat di hospital. Tiada kes dalam jagaan intensif manakala 62 kes pula kian sembuh di pusat kemasyarakatan khusus.

Dalam pada itu, MOH menambah 29 kematian berpunca daripada komplikasi Covid-19 dilaporkan manakala 15 pesakit yang didapati positif Covid-19 pula meninggal dunia kerana sebab lain.

Secara global, penularan virus ini yang bermula Disember tahun lalu telah menjangkiti lebih 74.2 juta orang.

Lebih 1.6 juta penduduk sedunia pula meninggal dunia kerana penyakit ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg