Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: 21 kes baru di S'pura, semua diimport
FOTO: KUA CHEE SIONG
Dec 23, 2020 | 4:36 PM
Covid-19: 21 kes baru di S'pura, semua diimport
SEBANYAK 21 kes Covid-19 dilaporkan pada Rabu (23 Dis), kesemuanya diimport.
Semua kes telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah setibanya di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Ini termasuk lapan warga Singapura atau penduduk tetap; dan sembilan pembantu rumah asing.
Tiada kes dalam masyarakat atau yang dari dormitori pekerja asing.
Secara keseluruhan, kes setempat kini adalah 58,482.
Perincian selanjut akan diumumkan malam nanti.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti