Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 215 kes baru di S'pura; 10 kes dalam masyarakat

Jul 1, 2020 | 4:42 PM
Kebanyakan kes yang dilaporkan pada 1 Julai 2020 melibatkan pekerja asing yang menetap di dormitori. - FOTO: KUA CHEE SIONG
Kebanyakan kes yang dilaporkan pada 1 Julai 2020 melibatkan pekerja asing yang menetap di dormitori. - FOTO: KUA CHEE SIONG -

SEHINGGA Rabu (1 Julai), Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan lagi 215 kes jangkitan baru Covid-19, sekaligus meningkatkan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu kepada 44,122 orang.

Kebanyakan kes melibatkan pekerja asing yang menetap di dormitori.

Dalam bilangan baru itu, 10 kes merupakan jangkitan di kalangan masyarakat, enam melibatkan warga setempat atau Penduduk Tetap (PR) dan baki empat merupakan pemegang pas kerja.

MOH dalam kenyataannya pada tengah hari juga mendedahkan bahawa terdapat empat kes yang diimport yang kini sedang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau sudah pun diasingkan setelah mereka tiba di Singapura.

Butiran terperinci akan diumumkan MOH kelak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg