Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: 22 kes baru; 2 masyarakat; 20 import
Feb 8, 2021 | 3:52 PM
Covid-19: 22 kes baru; 2 masyarakat; 20 import
SEHINGGA 12 tengah hari Isnin (8 Februari), Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan 22 kes jangkitan Covid-19 baru.
Dalam kenyataannya, MOH menyatakan, terdapat 20 kes import dan dua kes masyarakat Covid-19 yang dikesan. Tiada kes dormitori dikenal pasti.
Kesemua kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.