Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 24 kes baru dalam masyarakat, tertinggi sejak Julai 2020

May 13, 2021 | 5:24 PM
e66558ee-68a3-4a96-b941-aa8dc446952d
- Foto GAVIN FOO

SEBANYAK 24 kes Covid-19 baru dalam masyarakat dilaporkan hari ini (13 Mei), jumlah tertinggi yang dicatat sehari sejak 11 Julai tahun lalu.

Daripada 24 kes dalam masyarakat yang dilaporkan hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata 17 kes mempunyai kaitan dengan kelompok Lapangan Terbang Changi.

Ini bermakna terdapat 42 kes dalam kelompok itu sekarang.

Satu lagi kes dalam masyarakat mempunyai hubungan dengan kes yang dilapor sebelum ini manakala baki enam kes tiada hubungan dengan kes lain sebelum ini buat masa ini.

Daripada 24 kes itu juga, 14 sudah pun dikuarantin.

MOH turut melaporkan lapan kes import hari ini yang telah pun dikenakan arahan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di negara ini.

Tiada kes dilaporkan dari asrama pekerja.

Secara keseluruhan, terdapat 32 kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini, dengan 12 kelompok aktif sekarang.

MOH akan berkongsi butiran lanjut malam ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg