Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 22 pesakit di ICU, jumlah katil jagaan rapi akan terus ditingkatkan

May 4, 2020 | 3:49 PM
SIAP SEDIA: Pada masa ini, hanya 22 daripada lebih 18,000 pesakit Covid-19 menjalani penjagaan rapi. Sedang pihak hospital menyediakan hampir 150 katil jagaan rapi, kira-kira 450 lagi akan ditambah pada pertengahan bulan ini.
SIAP SEDIA: Pada masa ini, hanya 22 daripada lebih 18,000 pesakit Covid-19 menjalani penjagaan rapi. Sedang pihak hospital menyediakan hampir 150 katil jagaan rapi, kira-kira 450 lagi akan ditambah pada pertengahan bulan ini. - - Foto: THE STRAITS TIMES

JUMLAH katil yang disediakan di wad pengasingan telah meningkat dari sekitar 550 pada Januari lalu kepada hampir 1,500 bulan ini sedang hospital memastikan ia mempunyai katil mencukupi untuk merawat pesakit koronavirus, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, hari ini.

Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) telah meningkatkan keupayaan dari 100 katil di wad pengasingan bagi tekanan negatif kepada lebih 500 katil sedemikian dalam tempoh sama.

Menurut beliau, Singapura punya hampir 150 katil kosong bagi penjagaan rapi dan boleh menambah lebih 300 dalam masa singkat.

Pada masa ini, hanya 22 daripada lebih 18,000 pesakit Covid-19 menjalani penjagaan rapi.

"Kami tidak mahu mengambil sebarang peluang dan memilih untuk meningkatkan keupayaan kami," kata Encik Gan.

Hospital awam telah melaksanakan pelan memastikan prasarana, peralatan, ubat-ubatan dan tenaga kerja tersedia bagi penambahan 450 unit jagaan rapi menjelang pertengahan bulan ini, sekiranya perlu.

Singapura juga memastikan ia mempunyai alat penyegar udara dan kelengkapan perubatan lain tersedia bagi menyokong penjagaan pesakit Covid-19. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg