SEHINGGA 12 tengah hari Selasa (25 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan 30 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura.
Daripada 30 kes itu, 18 kes merupakan dalam kalangan masyarakat manakala tiga kes pula dikenal pasti di dormitori.
Sebanyak 15 kes berkait dengan kes terdahulu dengan lapan daripada mereka sudah dikuarantin dan tujuh lagi dikesan menerusi proses pengawasan.
Enam kes masyarakat pula tiada sangkutan dengan kes sebelum ini.
Baki sembilan kes pula adalah kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN). Tiga daripada mereka merupakan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang kembali ke sini.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg