SEHINGGA 12 tengah hari tadi (Rabu, 29 Julai), Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan 334 kes baru jangkitan Covid-19 di Singapura.
Kebanyakan daripadanya merupakan pemegang permit kerja yang menetap di dormitori pekerja asing.
Terdapat tiga kes masyarakat yang dikesan dengan dua daripadanya adalah warga Singapura/Penduduk Tetap dan baki yang seorang lagi merupakan pemegang pas kerja.
Sebagai tambahan, MOH juga mengenal pasti empat kes import yang telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus sampai di Singapura.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg