Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: 344 kes baharu direkodkan MOH
PENULARAN KORONAVIRUS: Penambahan 344 kes hari ini menjadikan 31,960 jumlah keseluruhan kes koronavirus yang dihadapi sejauh ini di Singapura. - - Foto: FAIL
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 25, 2020 | 3:20 PM
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) hari ini melaporkan penambahan 344 kes jangkitan positif Covid-19 sehingga 12 tengah hari ini.
Ini menjadikan 31,960 jumlah keseluruhan kes koronavirus yang dihadapi sejauh ini.
Menurut MOH, sebahagian besar kes hari ini membabitkan pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama.
Empat kes melibatkan warga Singapura ataupun Penduduk Tetap.
Jumlah kes yang rendah hari ini disebabkan ujian yang dijalankan adalah rendah.
MOH akan memberikan perincian lanjut malam nanti.
