Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 4 kes baru masyarakat berkait dengan kelompok Hab Pengangkutan Bersepadu Bukit Panjang

Jul 31, 2020 | 12:10 AM
KES MASYARAKAT BERKAIT: Kesemua empat kes masyarakat jangkitan Covid-19 yang dikenal pasti sehingga 12 tengah hari ini Khamis (30 Julai) berkait dengan kelompok di Hab Pengangkutan Bersepadu Bukit Panjang. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR .
KES MASYARAKAT BERKAIT: Kesemua empat kes masyarakat jangkitan Covid-19 yang dikenal pasti sehingga 12 tengah hari ini Khamis (30 Julai) berkait dengan kelompok di Hab Pengangkutan Bersepadu Bukit Panjang. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR . -

KESEMUA empat kes masyarakat jangkitan Covid-19 yang dikenal pasti sehingga 12 tengah hari ini (Khamis, 30 Julai) berkait dengan kelompok di Hab Pengangkutan Bersepadu Bukit Panjang.

Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya malam ini (Khamis, 30 Julai), menjelaskan empat kes ini tidak menampakkan sebarang tanda sakit dan dikesan sebagai sebahagian daripada proses menjejak secara proaktif kes individu yang bekerja di kelompok tempat kerja yang baru dikenal pasti.

Bagi memastikan kes ini adalah jangkitan baru atau pernah dikesan sebelum ini, MOH juga mengendalikan ujian serologi atau ujian serum darah bagi individu berkenaan. Hasil ujian tersebut ternyata positif bagi empat individu ini yang kemungkinan sudah dijangkiti sebelum ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi mengatur ujian buat kenalan dekat empat kes ini. Siasatan epidemiologi pula sedang dilanjutkan.

Sebanyak 278 kes baru dikesan sehingga 12 tengah hari tadi (Khamis, 30 Julai) dengan sebilangannya merupakan pemegang permit kerja yang menetap di dormitori pekerja asing.

Dalam kalangan empat kes import pula, tiga kes merupakan pemegang pas kerja yang buat masa ini bertugas di sini dan sampai ke Singapura dari India antara 15 dengan 18 Julai lalu. Baki satu kes lagi adalah pemegang permit kerja dari Indonesia yang sampai ke Singapura pada 18 Julai. Kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus sampai di Singapura.

Seramai 210 pesakit Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. 148 kes pula masih dirawat di hospital dengan sebilangannya dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg