LAGI 40 kes jangkitan Covid-19 baru telah disahkan sehingga tengah hari Ahad (6 September), menjadikan jumlah 57,022 kes di Singapura sejauh ini. Kes baru itu termasuk empat jangkitan dalam masyarakat melibatkan pemegang pas kerja, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Sebanyak 13 kes yang diimport turut disahkan dan mereka telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg